Masalah Buah Pinggang Bukan Penamat Kehidupan Anda

Assalamualaikum w.b.t


Masalah buah pinggang adalah antara masalah kesihatan yang kronik. Ianya kerana, buah pinggang memainkan fungsi yang penting pada badan manusia. Buah pinggang merupakan tempat pembuangan bahan kumuh seperti urea dari badan manusia. Ianya juga mengawal tekanan darah dan mengawal asid dalam darah. Disamping itu, buah pinggang lah juga tempat pembuangan cecair yang berlebihan dari badan. Andai buah pinggang bermasalah, seterusnya banyak lagi masalah yang oleh timbul.



Punca Masalah Buah Pinggang

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah buah pinggang. Antaranya adalah penyumabtan arteri darah dibuah pinggang.ketumbuhan,batu karang dan suka mengamalkna ubatan merbahaya. Punca utama yang biasa kita ketahui adalah kencing manis dan juga darah tinggi.Punca lain yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang adalah:
  • Tidak mengamalkan makanan seimbang
  • Pengambilan daging merah yang banyak
  • Kurang minum air
  • Merokok
  • Banyak pengambilan kafien
  • Kurang bersenam.
Ini adalah punca kenapa badan kita diserang masalah buah pinggang. Masalah yang biasa kita dengar, bila kita ada masalah buah pinggang, banyak supplement atau pun ubat yang tak dapat kita makan. Tapi alhamdulillah, daripada feedback yang saya dengar, ramai pengguna supplement shaklee menyatakan, mereka tiada masalah menggunakan supplement shaklee walaupun ada masalah buah pinggang.

Kes Pertama:

Salah satunya adalah, seperti gambar dibawah ini, seorang rakannya mengalami masalah nephrotic syndrome. Boleh refer penyakit nephrotic syndrome disini: Nephrotic SyndromeMasalah itu disebabkan oleh penyakit SLE yang dihidapi nya. Daripada komplikasi itu, rakannya mengalami masalah kencing berbuih. Namun, setelah menggunakan VIVIX, masalah kencing berbuih itu sudah tiada.Kini, dia telah mengambil VIVIX, untuk botol kedua.



Kes Kedua

Seorang sepupu kepada rakan saya, mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi yang sangat teruk. Masalah itu berlarutan, sehingga menyebabkan dia tidak dapat berjalanBuah pinggangnya juga turut mengalami masalah, sehingga Doktor tidak galakkan pengambilan ubat lain selain daripada nasihat Doktor. Namun,atas nasihat kawan, dia mencuba VIVIX. Semasa pertemuan bersama Doktor, Doktor terkejut dengan keadaan kesihatannya dan dia boleh kembali berjalan! Doktor mencadangkan dia teruskan pengambilan VIVIX,kerana ianya mesra buah pinggang. 

Kes Ketiga

Masalah akibatnya ibu nya terpaksa menjalani hemodalisis. Setiap kali proses itu dijalan kan, ibunya mengalami masalah sakit sendi yang teramat sangat. Melihat ibu yang seringkali menangis akibat sakit, dia telah mencuba Ostematrix, AJHT dan Omega Guard. Keadaannya makin pulih dan ibu nya dapat tidur dengan lena. Keadaan ini dapat diperolehi selepas 4 hari menggunakan supplement itu. apa yang paling mengejutkan, selepas proses hemodalisis, ibunya sudah tidak mengalami masalah sendi lagi.Tiada lagi penggunaan tongkat. Pakar Nefrologi juga terkejut, dengan keadaan darah ibunya. Sangkaannya doktor tidak bersetuju dengan pengambilan semua supplement itu, namun Doktor bersetuju, dan meyatakan supplement itu baik, dan boleh terus diamalkan. 




Sememangnya, ramai pengguna Shaklee akan bersetuju dengan penggunaan supplement Shaklee secara konsisten mampu memberi kesan baik terhadap kesihatan. Namun, ianya perlu kesungguhan, dan keyakinan kepada penggunanya.

Ianya yang mesra buah pinggang, mampu memberi nafas baru kepada pesakit buah pinggang. Vivix adalah tonik yang yang kaya resevatrol dan polifenol. Diuji secara klinikal dapat membantu kerosakkan DNA, pengawalan genetik, memberi tenaga tenaga kepada sel dan elakkan penimbunan protien AGE. Boleh dapatkan penerangan yang lebih jelas tentang kebaikan Vivix disini: Kebaikan Vivix. Ini pula tentang kebaikan Resevatrol: Resevatrol

Segala penyakit, adalah berpunca daripada sel yang tidak sihat. Sel akan mati setiap hari begitu juga sel baru yang akan keluar setiap hari. Namun, kita perlu mendapatkan sel baru yang hidup adalah lebih sihat daripada sebelumnya. Itulah guna VIVIX!


Okey, kalau ingin tahu banyak lagi pasal VIVIX, boleh tanya saya. Ini adalah supplement faberet saya tau.

Semoga Vivix mampu memberi nafas baru pada semua pesakit buah pinggang.

Bye

0125716112

Sesak Nafas Akibat Gastrik Kadangkala Rasa Macam Sakit Jantung

 Hi peeps!!

Sesak nafas adalah keadaan yang menyebabkan nafas kita tercungap-cungap ataupun pernafasan kita menjadi pendek. Ianya mungkin juga disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti pneumonia, sakit jantung dan mungkin juga gejala daripada keadaan kegelisahan yang teruk.Lagi satu keadaan yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah Gastrik! Bagaimana gastrik boleh menyebabkan sesak nafas??


Susah Nak Bernafas Akibat Gastrik. 

Keadaan ini berpunca daripada perut yang gastrik dan ada angin. Angin didalam perut menekan-nekan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan didada. Dada kan sebelah je dengan perut. So, masalah ini akan hilang sebaik sahaja angin tiada di perut. Macamana nak elakkan masalah angin diperut? Harus menjaga diet harian, dan pastikan makanan yang diambil bleh elakkan ketidakselesaan perut.

Perkara Yang Harus Dibuat Untuk Elakkan Angin 

Antara perkara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan angin dalam badan adalah mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan anda diserang tidak selesa. Kadang anda lebih tahu makanan yang muungkin tidak bersesuaian dengan perut anda. Ada juga makanan yang boleh menggalakkan angin dalam perut seperti:
  • Kekacang
  • Bunga kubis
  • Kubis
  • Asparagus
  • Brokoli
  • Aiskrim
  • Bawang,
  • Buah Pear
  • Gandum
  • Keju
  • Susu
Kesemua makanan ini mengandungi farrinose, fruktos, laktis dan sarbitol.  Kesemua makanan yang mengandungi bahan ini, boleh menyebabkan angin dalam badan. Boleh refer disini, untuk penjelasan lanjut: Elak Makanan Hasilkan Angin

Petua Atasi Masalah Angin Secara Cepat dan Mudah

Saya memang ada masalah angin. Antara makanan yang paling saya sensitif adalah Teh Ais! Saya pernah juga tanya doktor, kenapa saya sangat sensitif dengan teh. Kata doktor, kekadang mungkin jenis teh dan jenis susu yang digunakan, Tapi saya yakin, saya memang tak boleh minum jenis bersusu. Susu kan ada laktos.Kalau minum teh o saya ok..So betul la kan? Apa yang saya buat kalau diserang angin atau perut sebu dan nafas tercungap cungap?? Saya akan makan 5 biji Alfalfa dan pada masa yang sama saya akan larutkan 4 biji peppermint ginger plus dalam air suam, then saya minum!. Rasa mint nya sangat selesa dan menenangkan perut saya. Sebab tu, saya memang akan letak dalam handbag sebagai pembantu kala saya diserang angin! Alfalfa pula boleh membantu saya untuk neutralkan asid dalam perut saya. Alhamdulillah, berkat konsisten saya amalkan 2 benda ni bersama Set Gastrik yang sangat awesome, saya sekarang dah lama tak rasa sesak nafas tu. Syukur Alhamdulillah!






Anda ada masalah macam saya? Saya tahu ianya sangat menggangu aktiviti harian anda. Saya pun sama. Akibat rasa tak tentu arah memikir kan masalah sebu dan sesak nafas ni lah, saya memang sangat konsisten mengambil supplement dan juga meninggalkan semua makanan yang boleh datangkan angin pada saya. Sebab kita mesti tahu, makanan apa yang paling sensitif dengan badan kita. Jangan ambil mudah ya.  


Perlukan konsultasi percuma:
Far 0125716112

Merawat Selesema Tanpa Bergantung Pada Ubat


Assalamualaikum w.b.t

Selesema dikenali juga sebagai flu. Puncanya adalah jangkitan daripada virus influenza. Kemungkinan influenza A, B dan juga C. Influenza akan menyerang salur penafasan, tekak  dan paru-paru. Semua orang tahu kan, bagaimana sengsara bila terkena selesema? Keadaan selesema yang melampau boleh menyebabkan pneumonia. Maka, janganlah ambil mudah dengan keadaan selesema. Boleh kah, selsema dirawat tanpa ubat? Jom baca!


Merawat Selesema Tanpa Ubat

Sebenarnya banyak bahan semulajadi di sekitar kita boleh merawat penyakit. Ini lah yang digunakan oleh nenek moyang kita dalam merawat pelbagai penyakit pada zaman dahulu.Hari ini,saya ingin kongsikan beberapa bahan semulajadi yang boleh merawat selesema dan demam.

  • Sayuran Hijau
    • Tinggi nilai nutrien dan dapat melawan selesema
  • Ikan
    • Ikan memang dikenali mempunyai tinggi nilai Omega-3 asid lemak. Seperti semua tahu, ikan memang kaya protien dan ianya boleh melawan keradangan.Terutamanya ikan laut dalam. Ianya sangat sesuai untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.
  • Halia
    • Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman 
    • Sesuai diminum untuk sembuhkan demam
  • Bawang Putih
    • Ianya merupakan antibiotik semulajadi, dan mampu bertindak sebagai anti-virus. Antioksida nya sangat tinggi dan sesuai diamalkan ketika demam dan selsema. Terutamanya,mereka yang mempunyai masalah selesema akibat resdung. Maka, sesuai sangat untuk menyembuhkan masalah selesema dan demam.
  • Kunyit
    • Boleh tambahkan kunyit kedalam susu panas sewaktu selsema. Ianya boleh membantu mengurangkan selesema.
  • Madu
    • Boleh melegakan ketidakselsaan tekak.
  • Air beras
    • Minum air beras yang telah dididhkan. Ianya dikatakan dapat menghilangkan selesema.

Hebat bukan? Inilah rahsia kehebatan  bahan semulajadi dalam merawat masalah kesihatan. Macam saya, saya suka amalkan memakan Sustained Released Vitamin C dan Omega Guard bagi melegakan selsema dan batuk. Saya konsisten ambil Vitamin C dan tanpa sebarang ubat lain, alhamdulillah, selesema saya pulih. Kesannya tidak secepat makan ubat, tetapi alhamdulillah saya bebas ubat bila mengamalkan vitamin C. Kalau dulu, saya kerap ke klinik waktu selesema, tapi alhamdulillah, saya dah tak berkunjung ke klinik.

Boleh juga baca pengalaman saya menyembuhkan selesema disini juga:Merawat Selesema

Nak tanya lebih lanjut, boleh contact saya ye.

Far 0125716112


Petanda Kanser Usus Bermula Dari Sebu Perut Sahaja


Assalamualaikum w.b.t

Kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser serviks dikalangan wanita. Berbeza dengan kaum adam, kanser usus adalah antara kanser yang tertinggi di antara mereka. Angka pesakit kanser usus akan bertambah dikalangan umur 40 hingga ke 50 tahun ke atas. Tiada punca jelas kenapa masalah ini berlaku, namun corak pemakanan dan gaya hidup harian adalah berkait rapat dengan masalah kanser usus.


Kanser Usus

Ianya boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Namun sangat berpotensi untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas. Namun, jangan terkejut, ada juga kes yang melibatkan remaja yang berumur 16tahun. Gejala seperti kurang lawas sewaktu membuang air besar, sakit perut dan najis kehitam-hitaman jangan lah di ambil mudah. Kadangkala ianya disangka masuk angin ataupun gastrik. Tanpa disedari ianya adalah petanda awal kanser usus!

Kanser usus yang boleh bermula daripada usus sepanjang 1.5 meter ataupun rektum yang berukuran 15 sentimeter. Rektum adalah bahagaian paling hujung dan berdekatan dengan dubur. Usus dan rektum adalah berfungsi untuk serap air dan asingkan nutrien daripada makanan. Seterusnya, sisa-sisa nya akan dibuang sebagai najis.


Petanda Awal Kanser Usus

Petanda awal kanser usus adalah sama seperti sakit perut biasa. Itu yang menyebabkan kadangkala, ramai yang beranggapan ianya adalah simptom biasa. Diperingkat awal, ianya seperti perut masuk angin, sakit perut selepas makan. Namun, ketika memasuki stage ke dua, tanda nya akan lebih drastik seperti pendarahan. Anda juga boleh mengenalpasti keadaan perut berdasarkan kekerapan ke tandas. Kekerapan setiap orang ke tandas adalah berbeza. Maka, perhatikan corak pembuangan air besar anda. Sekiranya ianya luar biasa, cepat dapatkan rawatan pakar perubatan.  Antara petanda-petanda kanser usus:
  • Tidak lawas sewaktu buang air besar
  • Masalah sembelit dan cirit birit
  • Najis berdarah
  • Najis kehitam-hitaman
  • Perut memulas dan tidak selesa
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun mendadak
  • Tidak dapat membuang air besar.

Siapa Yang Berisiko

Antara mereka yang berisiko adalah golongan yang berusia dan mempunyai sejarah kanser. Ada pendapat berkata, mereka yang mempunyai kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan akan mendapat kanser usus.Diet harian yang kurang serat juga boleh mengakibatkan kanser usus. Berat badan yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kanser usus. Berikut antara mereka yang berisiko mengalami penyakit kanser usus.
  • Berumur 50 tahun keatas
  • Ada ketumbuhan di usus
  • Sejarah keluarga
  • Diet harian
  • Merokok
  • Obesiti
  • Minum alkohol
  • Kurang bersenam

Memetik kata kata seorang Pakar Bedah di Pusat Perubatan Sunway, Dr Ramesh Gurunathan,
" Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan peeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit kanser usus"




Namun,kanser ini mampu dirawat sekiranya ianya dapat dikesan diperingkat awal. Kita mampu menukar diet harian untuk mengelakkan penyakit ini seperti mengamalkan makanan yang boleh cegah kanser. Antara makanan yang boleh cegah kanser adalah:
  • Brokoli, kubis bunga dan kubis cina. Sebaiknya makanlah bersama minyak zaitun kerana ia dapat membantu penyerapan dengan cepat.
  • Limau gedang atau dikenali juga sebagai grape fruit. Sangat kaya dengan vitamin c.
  • Kacang tanah, kerana ianya kaya dengan vitamin e
  • Beri. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry sememangnya agen mengelak kanser yang terkenal.
  • Salmon.  Salmon kaya Vitamin D. Sesuai sangat untuk mengelakkan kanser usus kerana antara punca kanser usus adalah kekurangan Vitamin D
Namun boleh juga mengamalkan makanan tambahan dalam mencegah kanser. Salah satu produk yang sering diperkatakan sebagai antikanser adalah Vivix Shaklee. Antara kandungan Vivix adalah Elderberry iaitu sejenis beri yang sangat berkesan untuk flu. Vivix mempunyai antioksida yang snagat tinggi. Ianya dapat mengukuhkan antibodi badan dalam menentang jangkitan dan bakteria. Antara kajian tentang Elderberry boleh baca disini: Elderberry.




Jangan lupa amalkan juga Vitamin C dan Vitamin E tau. Sebab keduanya juga mampu mengelakkan kanser di badan anda. 

Mencegah memang sangat baik daripada merawat.

Bersama kita Cegah Kanser
Jom Amalkan Cara Hidup Yang Sihat.

Far 0125716112



Masalah Buasir Ubati Sebelum Menjadi Luka Yang Lebih Teruk


Assalamualaikum w.b.t

Bercerita berkaitan buasir, memang masalah ini agak segan untuk diperkatakan. Namun, jangan segan untuk mendapatkan rawatan kerana masalah ini boleh dirawat. Kenapa buasir boleh berlaku? dan siapa yang boleh mengalami masalah ini?


Masalah Buasir

Buasir adalah penyakit yang berlaku akibat proses meneran yang melampau sewaktu membuang air besar. Masalah ini juga kerap kali berlaku kepada wanita mengandung. Untuk wanita mengandung,buasir berlaku akibat tekanan yang kuat pada bahagian dubur. Pabila ianya berlaku, salur darah yang membesar dibawah rektum akan bengkak dan berlaku keradangan. Keadaan ini, akan menyebabkan dubur akan berdarah dan bengkak. Ada dua jenis buasir, buasir dalaman dan buasir luaran. Buasir dalaman pabila berlaku pendarahan apabila membuang air besar. Kadangkala ianya tidak menyakitkan. Ini kerana salur darah vena bengkak didalam rektum.

Untuk buasir luaran, salur darah kulit luar yang berdarah. Biasanya akan sakit, gatal-gatal dan akan bengkak selepas membuang air besar. Keadaan ini akan menjadikan pesakit berasa sangat tidak selesa.

Penyebab Buasir

Antara faktor yang boleh menyebabkan buasir adalah:
  • Cirit birit yang kronik
  • Kurang serat dalam diet.
  • Mengandung
  • Meneran terlalu melampau ketika ingin membuang air besar
  • Gemuk
  • Golongan berumur
Sebab itulah, kita tidak digalakkan untuk meneran terlalu teruk ketika ingin membuang air besar. Sebaiknya, amalkan diet tinggi serat dan kerap amalkan makan makanan yang memudahkan proses perlawasan supaya mudah sewaktu ingin membuang air besar.



Macamana Tanda Penyakit Buasir?

Biasanya pengidap buasir akan berasa sakit dan pada dubur. Berlaku pendarahan sewaktu membuang air besar. Ada juga keadaan berlaku pembengkakan pada dubur. Ianya kadang-kadang hanya seketika. tetapi, kesannya akan membuatkan pesakit rasa tidak selesa pada dubur.

Cara Elak Masalah Buasir

Untuk mengelakkan masalah buasir, sebaiknya kita perlu mengelakkan sembelit. Maka, perlu lah kita banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat, buah-buahan dan  sayur-sayuran. Perlu ambil air yang banyak dan seharusnya setiap 25kg berat badan = 1 liter air. Elakkan mengambil ubatan yang menyebabkan cirit birit. Ini akan memburukkan lagi masalah buasir anda. Kurangkan pengambilan daging merah, kerana ia akan menyebabkan sembelit. Elakkan juga makanan berempah dan terlampau pedas. Berhati-hati dengan keadaan najis anda. Andai terdapat tanda-tanda meragukan, cepat cepat rujuk doktor.

Rawatan Untuk Buasir

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah:
  • Melembutkan najis
  • Lingkaran getah
  • Ligasi Arteri Hemoroid
  • Menggunakan laser
Untuk melembutkan najis, boleh juga mengamalkan supplement. Seperti masalah buasir, ramai pesakit telah mencuba Ostematrix untuk lembutkan najis, Zink untuk merawat keradangan dan menyembuhkan luka, Omega Guard pula mampu mengecutkan otot yang sakit.Siapa tahu, ketiga-tiga produk ini boleh menyelesaikan masalah buasir anda bukan?

                                 

Anda perlu yakin untuk mencuba. Saya share kejayaan mereka dalam menyembuhkan buasir. Mungkin selepas ini giliran anda pula.


Ubati buasir dengan Shaklee
Ubati buasir dengan Shaklee

Merawat buasir ketika mengandung


Buasir boleh di rawat. Anda cuma perlu yakin dan berani untuk memdapatkan rawatan yang. Kalau nak tanya, boleh la saya kongsikan pengalaman saya gunakan Shaklee.

Ok bye, Far 0125716112

Hati Berlemak Boleh Mengakibatkan Penyakit Barah Hati


Assalamualaikum w.b.t

Hepatitis atau lebih biasa kita dengar sebagai penyakit hati. Hepatitis ada tiga jenis iaitu Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C. Kesemua nya adalah penyakit hati yang datangnya daripada, kekurangan zat makanan yang mencukupi, pengambilan alkohol yang banyak, penggunaan ubat-ubatan yang banyak, minuman berkarbonat dan juga penggunaan racun perosak.  Namun, hari ini saya ingin fokuskan berkaitan Penyakit Hati Berlemak. 



Penyakit Hati Berlemak

Penyakit ini memang kerap di kaitankan dengan orang yang obesiti dan juga pesakit diabetes. Ianya adalah keadaan dimana hati itu diselaputi lemak yang tepu. Keadaan ini, akan mengakibatkan penyakit yang lain seperti barah hati. Antara punca penyakit ini adalah datang nya daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, diet yang tidak seimbang, penurunan berat badan yang mendadak, batuk kering, dan juga penggunaan ubat yang tertentu. Kesemua faktor ini, boleh mengakibatkan penyakit hati berlemak. Penyakit ini boleh menyerang pesakit seawal umur 15 tahun. 

Tanda Awal Penyakit Hati Berlemak

Memang tiada patanda awal terhadap pesakit. Namun, pesakit kebanyakkan akan mengalami sakit di abdomen atas dan juga kepenatan yang melampau. Penyakit ini adalah tidak merbahaya, namun andai tidak di ubati boleh membawa kepada kanser hati,fibriosis, sirosis hati, busung dan juga pembengkakan kaki.


Siapa yang berisiko?

Seperti yang saya kongsikan diatas tadi, antara mereka yang berisiko adalah:
  • Obesiti
  • Pesakit Kencing manis
  • Ibu mengandung
  • Kegagalan pengambilan makanan berkhasiat
  • Sindrom Reye 
  • Pengambilan ubatan
Tapi jangan risa, ada ibu yang mengalami masalah ini ketika mengandung, namun ianya akan berkahir selepas melahirkan anak.

Perubatan Terhadap Hati Berlemak

Hati berlemak boleh di ubati mengikut masalah pesakit. Sekiranya obesiti,maka boleh mengurangkan berat badan secara berperingkat. Ini sangat penting kerana, sekiranya badan kita mengalami proses penurunan yang drastik, ianya turut boleh membawa kepada masalah hati. Kepada mereka yang mengambil alkohol yang banyak, sebaiknya harus berhenti untuk mengelakkan penyakit ini berterusan. 

Penyakit ini, tidak merbahaya, dan boleh di rawati. Namu, kegagalan anda mengambil tahu berkaitan isu ini boleh menjadikan ape penyakit ini berleluasa dan seterusnya akan lebih parah.

Boleh amalakan DTX Complex, keluaran Shaklee bagi menjaga hati yang sihat.
Jom kita sihat dengan hebat.
Jangan biarkan badan anda sakit.
Cepat dapatkan rawatan.

Far 0125716112

**kredit pada:
1. Masalah Penyakit Hati
2. Pembunuh Senyap
3. Penyakit Hati Berlemak

Degupan Jantung Laju Mungkin Petanda Awal Sakit Jantung


Hi peeps!

Degupan jantung laju, ataupun irregular heart beat biasanya akan berlaku secara tetiba. Masalah ini, kerap berlaku selepas lakukan aktiviti sukan yang lasak, penat, stress dan juga terkejut. Keadaan ini sebenarnya sama dengan keadaan tetiba kita rasa berdebar. Tapi, degupan jantung yang laju datang bersama keadaan itu, memang ianya tiada masalah. Tetapi sekiranya degupan jantung yang laju itu datang secara tetiba dan dalam keadaan rehat, yes! Itu petanda badan anda bermasalah.


Degupan Jantung

Degupan jantung normal adalah 60-100 seminit. Namun andai ianya tidak normal, ianya mungkin melebihi 100 kali dalam masa seminit. Pelbagai faktor boleh menumbang keadaan ini antaranya adalah kurangnya minum air. Pabila kita kurang minum air, elektrolit dalam darah akan tidak seimbang, dan menyebabkan jantung akan berdegup dengan lebih laju.Ataupun dengan lebih jelas lagi, aktiviti elektrikal dalam jantung terganggu. Ini ada di terangkan dengan lebih jelas lagi oleh seorang Dr di Hospital Kuala Lumpur. Degupan Jantung Tak Sempurna Tanda Badan Tidak Normal.




Antara sebab lain juga adalah kekerapan minum kopi, teh.pil diet dan juga stress. Tidak ketinggalan juga masalah ini mungkin disebabkan anda mengalami masalah Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi.


Penjagaan Jantung

Untuk penjagaan jantung sihat, anda digalakkan berjumpa Dr untuk memastikan ketidak selesaan pada jantung anda. Boleh juga amalkan supplement yang boleh mengawal tekanan darah dan mengawal degupan jantung yang mengandungi COQ-10. Dalam Shaklee, terdapat beberapa supplement untuk mengawal degupan jantung dan kolestrol iaitu COQ Health, Phytocol-ST, Omega Guard dan juga Garlic. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang menjaga tekanan darah, kolestrol dan degupan jantung.


              

Disamping pengamalan supplement, jangan lupa rajin kan bersenam dan amalkan makanan sihat. Supplement hanya lah melengkapkan nutrisi anda. Ianya bukan ubat. Untuk kesan yang bagus, rajinkan makan makanan berkhasiat dan amalkan gaya hidup sihat.



Untuk pertanyaan, boleh contact saya. Saya boleh membantu pemilihan supplement terbaik untuk anda.

Far 0125716112

Darah Tinggi Semasa Mengandung Boleh Menyebabkan Kematian


Assalamualaikum w.b.t

Darah tinggi semasa mengandung memang sangat digeruni oleh semua ibu-ibu diluar sana. Ini disebabkan kerana masalah ini boleh mengakibatkan kematian ibu dan juga anak! Siapa yang berpotensi terkena darah tinggi semasa mengandung? Kenapa pula masalah ini boleh berlaku?



Darah Tinggi

Darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi adalah penyakit yang ada tanpa kita sedari. Namun, kehadirannya boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti buah pinggang, strok dan sakit jantung. Bacaan darah tinggi boleh dibaca melalui 2 bacaan. Tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Sistolik adalah bacaan di hadapan dan diastolik adalah bacaan dibelakang. (120/80). Sistolik adalah bacaan dimana tekanan maksimum sewaktu darah masuk ke arteri darah manakala diastolik pula adalah tekanan darah didalam arteri darah sewaktu keluar ke jantung. Ketahui tekanan darah abnormal, boleh refer disini: Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi Semasa Kehamilan

Tekanan darah tinggi semasa kehamilan mungkin disebabkan oleh keadaan ibu yang sudah menghidap tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Keadaannya akan bertambah parah sewaktu ibu itu mengandung. Tekanan darah tinggi yang datang bersama air kencing kotor ataupun mengandungi protien kita namakan pre-eklampsia. Keadaan ini biasanya berlaku pada ibu yang pertama kali mengandung. Sekiranya, masalah ini tidak dikawal pada peringkat awal, ibu akan mengalami sawan dan kemungkinan bayi meninggal dan ibu meninggal adalah sangat tinggi. Ianya boleh berlaku semasa bersalin mahupun selepas bersalin. Maka dengan itu, ibu perlu sangat berhati-hati dengan keadaan ini, kerana masalah darah tinggi sewaktu kehamilan memang jarang menunjukkan petanda yang jelas.Yang pasti, ibu wajib mematuhi setiap temu janji rawatan bersama Dr bagi mengelakkan masalah ini lewat di ketahui.



Wanita Yang Berisiko Terkena Tekanan Darah Tinggi

Sebenarnya tiada faktor yang jelas tentang penyakit darah tinggi semasa mengandung.  Kata Dr Zubaidi, ini merupakan satu dugaan buat insan-insan terpilih. Namun terdapat beberapa kemungkinan yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi untuk ibu mengandung seperti:
  • Wanita yang pernah terkena pre eklampsia pada kehamilan sebelumnya
  • Wanita yang migraine
  • Wanita yang kurus dan terlalu rendah
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang ada dalam keluarga nya mengalami masalah tersebut
  • Wanita yang terlalu kecik dan kurus
  • Wanita yang mengandung pada usia lebih 35tahun.

Komplikasi untuk ibu dan anak

Sekiranya masalah di biarkan, ianya akan menyebabkan bayi akan lahir pra matang. Bayi akan lebih kecil dan boleh mengalami masalah kerencatan otak, lemas dan juga uri tercerai sebelum brsalin.Sekiranya tekanan darah tidak di jaga, kemungkinan juga masalah pembuluh darah pecah, jantung bermasalah dan lain lain.Selalunya masalah tekanan darah akan berlaku pada kehamilam trimester ke dua. Ini boleh mengakibatkan peredaran darah pada uri terganggu seterusnya, segala zat makanan tak kan sampai pada baby dengan sebaiknya. Ini akan menyebabkan baby tidak dapat membesar dengan baik dan sempurna.



Cadangan Kesihatan Untuk Ibu

  1. Rehat yang cukup
  2. Menjauhi orang minum minuman keras
  3. Hindari stress
  4. Kurangkan pengambilan garam.
  5. Rajin bersenam
  6. Kawal pemakanan
Ibu mengandung kena sentiasa positive dan ceria. Itu penting untuk kesihatan ibu dan juga baby.



Antara Cadangan Menjaga Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.

Amalkan makan Omega Guard dan Ostematrix.  Ianya adalah  supplemen yang boleh membersih kan pembuluh darah, supaya tekanan darah dapat di jaga. Omega Guard sememangnya sangat dikenali sebagai supplement yang mampu mengurangkan kolestrol dalam darah,dan juga mecegah lemak lemak disalur darah. Ibu-ibu harus mengamalkan supplement-supplement yang baik untuk kesejahteraan baby didalam perut. Antara supplement yang baik untuk mengandung boleh refer disini ya. Set Mengandung Shaklee. Ostematrix  merupakan kalsium  dan ianya sesuai untuk ibu menyusu.kandungan.



Sebarang pertanyaan?

Far 0125716112 

Cegah Kolestrol Boleh Elak Sakit Jantung


Assalamualaikum w.b.t

Kolestrol memang antara pembunuh senyap! Kehadirannya dalam badan memang takkan kita sedar. Namun, ianya boleh bertindak ganas secara tetiba. Caranya? Serangan jantung!



Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol sebenarnya adalah lemak yang diperlukan badan untuk bekerja. Namun terdapat dua jenis kolestrol yang perlu kita tahu. Jangan merasakan kolestrol itu langsung tidak penting kerana ada kolestrol yang boleh memberi kebaikan pada badan. Kolestrol boleh dihasilkan oleh badan, dan kebanyakkan kita perolehi daripada sumber makanan. Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu:

  1. Kolestrol LDL (Low Density Lipoprotien)
    • Kolestrol LDL lebih mendatangkan keburukkan dimana ianya akan membantu penyumbatan salur darah.
    • Ianya juga boleh meyebabkan risiko penyakit kardiovaskular

    2. Kolestrol HDL (High density Lipoprotien)
    • Kolestrol HDL boleh mencegah salur darah dari tersumbat dengan kolestrol jahat. 
    • Boleh kurangkan risiko penyakit jantung

Petanda Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Kadangkala, tak ramai yang sedar badan mereka mengalami masalah kolestrol tinggi. Jangan sangka badan yang kurus, kolestrol tak tinggi tau. Ha, ramai yang sangka, badan yang kurus itu sihat. Tapi ramai juga badan kurus yang mengalami masalah sakit jantung! Jom kenali petanda kolestrol banyak.
  • Stroke ataupun mini stroke. Iaitu keadaan dimana terdapat salur darah yang pecah
  • Sakit dada. Ataupun kerap sakit betis apabila berjalan pada jarak tertentu
  • Serangan jantung
  • Ketulan kuning disekitar mata. Ini adalah lemak yang berkumpul
Ini adalah tanda kolestrol tinggi dalam badan. Untuk mengelakkan situasi ini, kita perlu mencegah kolestrol ini daripada terus menerus berkumpul didalam badan. 

Cara Mencegah Kolestrol Dalam Badan

Ramai yang kata, keturunan memberi impak kepada kolestrol dalam darah. Ini diakibatkan oleh budaya makan dirumah. Logiknya, satu family mesti mengambil makanan yang sama bukan? Segalanya berkaitan diet harian. Semestinya diet yang tinggi lemak tepu, akan mengakibatkan kadar kolestrol LDL sangat tinggi. Namun, kita boleh merubah keadaan itu dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Antara pencegahan awal adalah:

  1. Makan makanan yang berserat tinggi. Oat, sayuran dan buah-buahan. Elakkan makan banyak sumber dari daging merah. Sebaiknya amalkanlah banyak makanan yang berkarbohidrat rendah. Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah, boleh mengelakakan berlakunya lambakkan kolestrol.
  2. Berhenti Merokok
  3. Makan banyak produk susu
  4. Kurangkan lemak diperut
  5. Makan ubat yang boleh kurangkan kolestrol

Kita kena pastikan keadaan tahap kolestrol kita adalah rendah, bagi mengelakkan banyak penyakit. Hindari makanan yang tinggikan kolestrol.Antara amalan saya untuk hindari kolestrol adalah Omega Guard, iaitu Minyak Ikan dari Shaklee.Terkenal diantara minyak ikan terbaik didunia. 



Boleh juga mengamalkan Phytocol-ST. Ianya memang makanan tambahan yang boleh menurunkan tahap kolestrol didalam darah.






Cegah kolestrol, amalkan cara hidup sihat.

Nak lebih ilmu pasal kolestrol? Boleh ke link ni ye: Kolestrol yang membunuh

Boleh refer saya, untuk penjelasan lebih lagi tau :)

 Far 0125716112

Tanda Ada Masalah Resdung Dan Rawat Sebelum Parah


Assalamualaikum w.b.t

Masalah resdung adalah masalah yang sangat biasa diperkatakan. Namun, adakah ianya masalah kesihatan biasa, ataupun boleh membawa kepada penyakit merbahaya? Mungkin tak ramai yang tahu, resdung boleh mengakibatkan jangkitan pada otak ya! So, hati-hati dengan resdung!


Tanda Ada Masalah Resdung

Resdung tiapkali boleh di kenali sekiranya kerap bersin di waktu pagi mahupun semasa cuaca yang sejuk. Banyak lagi petanda anda menghidapi masalah resdung iaitu:
  1. Hidung tersumbat
  2. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang-ulang
  3. Demam dan badan yang tak selesa
  4. Hidung Gatal
  5. Bersin
  6. Alahan pada hidung
  7. Mulut berbau
  8. Lendir banyak pada hidung dan tekak

Punca Masalah Resdung

Pelbagai punca yang boleh mengakibatkan resdung. Mungkin anda boleh kenali punca masalah ini, bagi memberi pencegahan awal pada masalah resdung.
  1. Keadaan hidung yang bengkok
  2. Struktur hidung yang sempit
  3. Ketumbuhan dalam hidung
  4. Ada pembengkakan pada kawasan dalam hidung

Komplikasi Akibat Resdung

Andainya masalah ini tidak dirawat, ianya boleh mengakibatkan:
  1. Buta
  2. Jangkitan pada otak (meningitis)
  3. Jangkitan pada tekak
  4. Jangkitan pada paru-paru (lelah yangs sangat teruk)
  5. Sakit tekak yang kronik
  6. Berdengkur yang kronik
  7. Selsema yang kronik
  8. Jangkitan pada tulang muka

Dahsyat kan resdung? Siapa sangka resdung boleh mengakibatkan masalah yang sangat kritikal. Boleh baca disini untuk penjelasan yang lebih detail berkaitan resdung: Resdung Risiko Jangkitan Otak

Rawatan Resdung

Saya ingin cadangkan antara rawatan resdung yang boleh diamalkan iaitu dengan mengamalkan vitamin seperti Alfalfa, Vitamin C dan B-Complex. Ianya boleh mengurangkan kegatalan pada muka, dan boleh mengurangkan masalah sinus. Vitamin C pula sangat baik untuk antobodi badan.Ianya dapat mengurangkan selsema dan kuatkan antibodi badan.


Nak tahu banyak lagi boleh contact saya eh :)


Far 0125716112

Tips Elak Gigi Rongak Supaya Tak Payah Pakai Gigi Palsu

Assalamualaikum w.b.t

Penjagaan gigi memang jarang di titik beratkan oleh sesetengah orang. Namun, harus di ingat, gigi rongak di awal usia memang sangat menakutkan. Betul tak?



Penjagaan gigi yang baik, adalah kita kene kurangkan pembentukan plak dalam gigi. Bagaimana plak boleh berlaku?? Plak adalah datang daripada sisa makanan yang terlekat pada gigi, seterusnya ianya bergabung dengan bakteria dalam mulut, lalu terbit la plak! Andai dibiar mula la gigi akan cepat berlubang, gigi mudah rosak dan seterusnya boleh la jadi gigi rongak!!

Makanan Untuk Elakkan Plak  Pada Gigi

  • Vitamin A
    • Adalah vitamin larut lemak 
    • Ianya sangat penting untuk penjagaan mata, gigi, rambut dan tulang
    • Ianya juga penting untuk mencegah plak gigi
    • Menghalang pembusukan gigi
    • Antara sumber makanannya adalah brokoli, susu, bayam dan ikan

  • Vitamin C
    • Vitamin C adalah vitamin larut air yang menjadi benteng dalam kesihatan tubuh badan kita
    • Menjaga gusi, salur darah dan hasilkan kulit yang sihat
    • Sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai gusi berdarah
    • Boleh menghalang kanser dan elakkan keradangan pada gusi
    • Antara sumber Vitamin C adalah buah oren 

  • Vitamin D
    • Vitamin yang sangat penting untuk penjagaan gigi, gusi dan tulang
    • Ianya juga dapat menguatkan rahang gigi dan gigi akan sukar untuk tertanggal. Pendek kata, gigi payah nak tercabut.
    • Vitamin ini juga dapat mengelakkan plak dalam gigi. 
    • Untuk pengetahuan, Vitamin D dapat dihasilkan dalam badan dengan adanya bantuan daripada cahaya matahari :)
    • Boleh juga didapati daripada makanan harian seperti cheese, mentega, ikan telur dan susu.


Untuk hasilkan gigi yang lebih sihat, kena la rajin menjaga kesihatan gigi. Kalsium dan magnesium sangat penting dalam memberi perlindungan pada gigi secara optimum. Faedah makan kalsium, bukan setakat hilang segala lenguh badan, tapi gigi pun sangat cantik!

Jom kita jaga gigi supaya cantik dan berseri! Tengah cari kalsium? ni kalsium yang saya guna. Perfect bersama magnesium dan vitamin D. Ostematrix nama nya :)


Saya suka amalkan ni sebagai sumber kalsium yang lengkap. Lenguh-lenguh badan, penjagaan gigi, melancarkan pembuangan & sesuai untuk ibu menyusu.

Far 0125716112

Rabun Warna Benarkah Lelaki Lebih Berpotensi

Assalamualaikum w.b.t

Memang biasa mendengar mereka yang ada masalah rabun warna. Tapi mungkin tak ramai yang tahu, kenapa rabun warna boleh berlaku.Hari ni, saya nak share sedikit informasi berkaitan rabun warna yang mungkin boleh tambahkan sedikit pengetahuan anda berkaitan rabun warna.


Penyebab Rabun Warna

Rabun warna berpunca dari 2 penyebab. Yang pertama ianya datang daripada penyakit keturunan. Dimana masalah itu berlaku sejak kecil. Tahap penglihatan mereka juga bergantung kepada keseriusan masalah itu. Ada sesetengah mereka yang langsung tidak dapat melihat  sebarang warna. Namun, yang sering berlaku adalah masalah rabun warna merah dan hijau. Masalah ini adalah kerap berlaku pada kaum lelaki berbanding kaum wanita.  Inginkan penjelasan yang detail, kenapa lelaki lebih berpontensi? Boleh refer di sini: Lelaki Potensi Untuk Rabun Warna




Penyebab kedua adalah kerana penyakit seperti kencing manis dan penyakit akibat penuaan. Selalu kita panggil sakit tua. Antara penyakit lain juga seperti glukoma, katarak dan kesan pengambilan ubat seperti ubat artritis rheumatoid dan juga penyakit TB.

Sekiranya masalah itu datang daripada masalah kesihatan seperti yang saya nyatakan di atas, ianya masih boleh dipulihkan. Namun sekiranya ia datang daripada keturunan, masalah itu tidak dapat di ubati. Namun jangan risau!Pada zaman sekarang pelbagai penyelesaian telah dilakukan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah rabun warna. 

Rawatan Untuk Rabun Warna

Pada zaman sekarang, terdapat cermin mata ataupun contact lens yang dapat mengurangkan masalah ini. Nama nya adalah ChromaGen. Ianya boleh dapat di Hopital Ampang. Sekiranya anda inginkan perkhidmatan tersebut boleh la mendapat nasihat Dr mata disana.

Jangan Putus Asa

Jangan putus asa sekiranya anda disahkan rabun warna. Ini kerana, ramai mereka yang berjaya di luar sana adalah daripada golongan rabun warna. Contohnya Mark Zukerberg. Siapa dia?? Dia lah pengasas Facebook. Dipercayai, antara sebab facebook hanya berlatar belakang kan putih dan biru disebabkan oleh Mark yang yang hanya dapat melihat dengan baik 2 warna tersebut.So, jangan putus asa! 


Sekiranya anda hanya mempunyai masalah rabun jauh, masalah anda masih boleh dirawat dengan mengamalkan penjagaan mata yang betul, dan amalan diet yang sihat. Anda boleh dapatkan sumber Vitamin A yang cukupnya dan rajin rajin kanlah makan karot. Antara cadangan supplement yang boleh di amalkan untuk mata seperti Caratomax. Kalau ada rasa apa apa ingin bertanya, boleh contact saya. 

Jaga Mata Anda!

Far 0125716112


Sumber: Rabun Warna


Atasi Lesu Dan Penat Selepas Bersalin dan Sepanjang Berpantang

Hi peeps!!

Waktu bersalin adalah tempoh yang sangat kritikal untuk seorang ibu . Dalam tempoh yang bermula daripada kontraksi sehingga melahirkan, tenaga ibu memang akan di gunakan sepenuhnya. Oleh kerana itulah, tenaga ibu sangat penting dalam persediaan melahirkan dan juga sepajang berpantang. 

Ihsan Google


Persediaan Sebelum Bersalin Bagi Mengelakkan Lesu

Sebelum bersalin ibu akan melalui satu fasa mengandung yang sangat indah. Walaupun cabaran setiap ibu mengandung itu berbeza, namun saya suka nyatakan, ibu harus gembira dan menerima segala cabaran semasa mengandung sebagai kenangan manis yang tak mungkin dapat di ulang pada waktu lain! Tapi, harus di ingat fasa mengandung juga berperanan penting dalam memastikan kesihatan anda semasa bersalin dan berpantang nanti. Ibu kena amalkan pemakanan yang sihat, untuk pastikan keadaan ibu bersedia untuk bersalin. Boleh baca disini, untuk tambah pengetahuan semasa mengandung: Kesihatan Semasa Mengandung

Elakkan Lesu Selepas Bersalin

Memang selepas bersalin badan akan sangat lesu. Waktu ini, ibu memang sangat perlukan rehat dan pemerhatian yang sangat teliti. Pemakanan ibu pada waktu ini perlu di jaga sebaiknya supaya badan boleh pulih seperti sedia kala. Amalan mengurut, bertungku tolong jangan abaikan. Begitu juga berkaitan makanan. Semasa bersalin, ibu memang telah kehilangan banyak darah dan pastikan makanan yang di ambil, mempunyai kaya zat besi bagi memastikan darah yang hilang, dapat di gantikan dengan cepat.Kelesuan memang bergantung rapat dengan kualiti darah dalam badan anda. Sebaiknya, ibu harus mengamalkan makanan yang mempunyai segala zat dan vitamin yang cukup bagi membantu proses pemulihan dan juga mengelakkan masalah-masalah. Antara masalah yang sering dihantui oleh ibu bersalin adalah meroyan dan luka lambat baik kan. Boleh baca dengan lebih detail tentang masalah meroyan dan luka lambat baik disini: meroyan dan luka jahitan lambat pulih.



Makanan Yang Boleh Memberi Tenaga Untuk Ibu Dalam Pantang

Macam macam cara orang berpantang sebenarnya. Kita boleh amalkan mengikut kesesuaian badan kita. Tapi sebaiknya, pada awal berpantang, pastikan semua zat makanan mencukupi. Tambahkan khasiat makanan dengan pengambilan vitamin yang membekal kan zat besi pada badan. Zat besi penting dalam menghasilkan darah,untuk menggantikan darah semasa bersalin. Rajin amalkan makan kalsium yang kaya magnesium untuk melembutkan najis. Ini kerana, tempoh berpantang, aktiviti paling ngeri adalah ke tandas kan?? Pastikan juga, penjagaan keluar masuk tandas juga di titik beratkan. Amalkan membasuh dengan air sireh mahupun air garam, bagi mengelakkan kegatalan. Boleh baca disini untuk mendapatkan bantuan dalam proses berpantang dengan lebih sempurna. Berpantang sempurna, badan sihat lebih cepat.

Kesan Lesu Semasa Pantang

Lesu dan penat selepas bersalin, boleh menjadi serius kerana boleh mengganggu emosi ibu. Kesannya juga boleh berlaku kepada proses penghasilan susu ibu. Impak besar adalah kepada si kecil. Kesian untuk si kecil, sekiranya ibu lemah dan kurang susu. Oleh itu, pastikan ibu, dalam keadaan yang sihat dan kuat. Pastikan pemilihan set berpantang itu bersesuaian untuk ibu. Ibu kene jelas, tentang konsep berpantang tau.

Okey, jumpa lagi  :)

Mami Far
0125716112